Wednesday 20 February 2013

Lemak Trans Beracun dalam Makanan yang di proses


Nampak tak apa yang di paparkan dalam gambar di sebelah?
Gambar ni kalau tak silap merupakan Pameran Kesihatan yang dibuat oleh CAP (Consumer Association Of Penang). Pameran Kesihatan berkait dengan "Lemak Trans Beracun dalam Makanan yang di proses" .
Dalam gambar kat sebelah ni boleh nampak jenis makanan yang diproses yang :
  • Dilabel mengandungi LEMAK TRANS
  • Dilabel mengandungi LELEMAK
  • Dilabel mengandungi LEMAK MINYAK BERHIDROGEN
Lain-lain maklumat tiada, so pada yang tahu lebih lanjut berkaitan hal ni boleh la share-share kan.

Kebanyakan apa yang kita makan memang ada Lemak trans kan? So pepandai la kita nak had kan pengambilan makanan-makanan tu semua , kalau nak kata hentikan atau tak ambil langsung tu mungkin agak mustahil kan?

Cuma disini saya kongsikan apa yang dimaksudkan dengan lemak trans dan kenapa dikatakan ianya tidak elok untuk diambil.

Apa itu lemak Trans dan dari mana terhasilnya lemak trans?

Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.
Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.
Kenapa dan untuk apa Lemak Trans digunakan ?

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.


Adakah Lemak Trans baik untuk di ambil?

Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (2 hingga 5 kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Apakah risiko mengambil lemak trans ?

Disebabkan lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; risiko pengambilannya ialah ia akan meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik
sumber : anamarzablog.com

1 comment:

  1. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete